Sunday 31 July 2011

S3laM@t menYanBut RaMadHan AL-MUBARAK..^_^

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Kalimah Bismillah adalah singkatan daripada lafaz ” Bismillahir rohmaanir rohim” yang bermaksud  “Dengan nama allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”.
6 kelebihan Bismillah ialah:
1) Membaca Bismillah sebanayk 21 kali sebelum tidur, dapat mengelakkan gangguan syaitan,  kecurian dan bala.
2) Ucapkan salam dan Bismillah setiap kalli hendak memasuki rumah, Insyaallah rumah tangga akan diberkati dan   
     mendapat keharmonian.
3) Bacakan Bismillah sebanyak 41 kali ke telinga orang yang pengsan. Insyaallah akan dapat memulihkannya.
4) Jika membaca Bismillah sebanyak 19 kali ketika bertemu orang yang dalam keadaam marah, InsyaAllah dapat 
     melembutkan hatinya.
5) Lafaz Bismillah jika diucapkan sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada orang yang berpenyakit selama tiga hari 
     berturut-turut, inysallah penyakitnya akan sembuh.
6) Jika mahukan hajat seseorang itu dimakbulkan, dia hendaklah membaca Bismillah apabila selesai solat Asar pada 
     hari jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis. Hendaklah juga mengadap kiblat sehingggalah matahari 
     terbenam.



SaLam RAmAdhAN utuk semua kawan2..(n_n)!.......
------>  tibanya bulan ramadhan ini,,amat dinanti-nantikan oleh semua umat islam...trmaksudlah bdk2 dlm rumah sewa pian ni....hoho... rinduuuu nyer nnti time 2 bile dapat pulang ke kg melihat wajah kedua-dua org tue yang sngat disayangggiii...

>buat kawan2 jagan x pose errr!,,,(>,.,,<)!!!!...mlm2 lak jgn ponteng solat tarawih k!...
bnyak2 la melakukan ibadat di bulan yang penuh keberkatan ini... LOvE RamAdhan...!!.
..
     Sedikit renungan buat semua pembaca.....

Soal seorang teman.
Ramadan telah menjelma. Terasakah debarannya mengetuk pintu hati?
Ingatkah kita kepada peristiwa bagaimana Nabi SAW ketika menaiki tangga-tangga mimbar masjid baginda SAW, mengaminkan satu persatu yang disebutkan oleh Jibril Alaihi as-Salam. Di antaranya ialah sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi SAW:
“Jibril mendatangiku seraya berkata; “Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadan, lantas tidak mendapat ampunan, kemudian mati, maka ia masuk Neraka serta dijauhkan Allah (dari RahmatNya)” Jibril berkata lagi, “Ucapkan “Amin”. Maka kuucapkan”Amin”
Tidakkah amaran ini cukup menggerunkan kita? Jika Ramadan yang menjanjikan limpahan rahmat, limpahan keampunan, dan gandaan kebaikan ini PUN tidak mampu menyelamatkan kita dari api neraka, apa sebenarnya modal yang telah kita siapkan untuk membeli syurga?
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.
[al-Baqarah : 183]
Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah memberikan peringatan, bahawa puasa sebagai proses menjana Taqwa adalah satu proses yang rumit. Kalimah La’alla  dalam Surah al-Baqarah ayat 183 itu sudah sedia melontarkan konotasi ‘MUDAH-MUDAHAN’, tanda tidak semua akan berjaya mencapai Taqwa di hujung Ramadhan.
Justeru ia adalah satu peringatan yang sepatutnya menggentarkan hati-hati kita. Lebih menakutkan dari peperiksaan akhir sem yang ada kemungkinan dibuang universiti.
Umpamanya soalan bocor telah diberi. Segala latihan dan kelas tambahan disediakan. Segala kerja rumah dibatalkan supaya pelajar boleh fokus menghafal jawapan bagi soalan peperiksaan yang telah dibocorkan. Sepatutnya, dah confirm dah lulus dengan segala kelonggaran yang diberi, tapi akhirnya, lecturer kata “Mudah-mudahan kamu lulus…”.
Syaitan ditambat.
Pintu rahmat dibuka seluas-luasnya.
Dosa yang bertimbun-timbun terkumpul, ditawarkan untuk dihapuskan semuanya.
Sedikit amal, berganda-ganda pahala menanti.
Tapi akhirnya, berjayakah kira meraih taqwa itu nanti?
.
RAMADHAN
”Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah, maka ia memperoleh satu kebaikan, dan satu kebaikan berlipat sepuluh kali. Aku tidak katakan alif lam mim itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf.” (HR. Tirmidzi)
“Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan” [Al-Qadr 97.3]
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat”
Tiba-tiba kita buat tak tahu, macam tak ada apa-apa berlaku. Tak terasa rindu nak menambah amal. Tak terasa gerun nak tinggalkan dosa dan maksiat.
Seolah-olah isu dosa, pahala, syurga dan neraka ni macam isu propaganda politik murahan yang tak patut kita ambil perhatian langsung.
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka). Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan [Al-Hashr 59 : 19-20]
Renung-renungkan dan selamat beramal…


BUAT KAwan2!(n_n)!..


1) Lafaz Niat Puasa (Sebulan Terus)
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

2) Lafaz Niat Puasa (Harian)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

3) Doa Berbuka Puasa.

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Selamat Berpuasa :)


3 comments:

  1. banyak kelebihan bimillah ni rupanya.. baru tau.. biasa baca sebelum makan je.. hehe

    ReplyDelete
  2. cewaahh!! ble ustaz dh start brceramah.... heee

    ReplyDelete
  3. hehe...sikit2 blh la..tp pian ni bkn ustaz..byk lagi yg perlu bljr..
    sama2 kite kongsi ilmu agama islam kite k..
    moga2 diberkati allah s.w.t

    ReplyDelete