Monday 1 August 2011

kelebihan bersedekah....tahukah anda bagaimana hendak mendapat naungan daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.



Assalamualaikum,selamat berpuasa di bulan ramadhan  kepada kwn2, disini ada sedikit cerita tentang ilmu yang pian mahu kongsi bersama,moga2 kita mndapt keberkatan daripada allah s.w.t di bulan ramadhan ini(n_n)!..












BERSEDEKAH.....


Dari Amru bin Auf r.a katanya '
 Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”



Huraian                                                                                                                                           .  
 1.Selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat  
     Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur  
     dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.


2. Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan  
     dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan  
     bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat. 


3. Faedah sedekah di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya 
    oleh Allah, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah 
    daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan 
    dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam 
    keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su’ul khatimah) 
    kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menghapuskan sifat 
    sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.


4. Manakala faedahnya di akhirat pula ialah seseorang itu akan mendapat naungan 
    daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api 
    neraka.




renungkan bahagian ini pulak kawan2..

sembahyang itu mendampingkan diri (dengan rahmat Allah dan membawa keredhaannya) dan puasa menjadi perisai (dari kejahatan), manakala sedekah pula menghapuskan dosa 
sebagaimana air memadami api .. 

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.”Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya..



No comments:

Post a Comment